Apakah itu domain dan subdomain

Salam dan selamat datang.. Seperti yang dijanjikan, aku akan menerangkan apa tu subdomain. Untuk paham subdomain, anda perlu tahu apa itu domain terlebih dahulu. Kepada yang telah tahu, anggaplah ini sebagai refresh atau kalau ada salah dan silap artikel saya ini, silalah komen dibawah.

Domain nameDomain merupakan satu istilah yang digunakan dalam url atau alamat sesebuah website. Contohnya muhdsyafiq.com, yang mana muhdsyafiq.com adalah satu domain dengan extension .com. Diawal penggunaan domain, .com adalah satu-satunya extension yang ada tetapi memandangkan bilangan website yang semakin bertambah, pelbagai-bagai extension telah diperkenalkan seperti .org, .info dan yang paling terbaru adalah seperti .name dan .tel. Domain yang berakhir dengan satu extension sahaja seperti yang aku terangkan tadi dipanggil first level domain. Sekarang terdapat second level domain seperti .com.my, .gov.my. Extension seperti ini khuhusnya untuk negara-negara atau nama syarikat. Contohnya jika anda hendak register .com.my, anda perlulah mengemukakan dokumen tambahan seperti sijil SSM kepada syarikat webhosting tersebut.

Subdomain pulak mcm nama yang didepan domain tadi seperti nama website ini, bm.muhdsyafiq.com. Dmana “bm” itu adalah subdomain. Contoh yang paling mudah adalah seperti blogger.com yang menggunakan subdomain sebagai url bagi setiap blog yang diregister dibawahnya. Mudah sahaja kan.. Untuk register domain ini, anda perlulah register dengan company webhosting seperti exabytes… Jadi cepat-cepatlah register domain idaman anda sebelum orang lain mengambilnya..

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Leave a Reply