Cara mudah nak jimatkan bil elektrik TNB

Tenaga Nasional Berhad adalah pembekal tunggal tenaga elektrik di Malaysia. Jadi, setiap rumah akan menerima bil elekrik TNB setiap bulan. Jika bil anda dibawah Rm20 sebulan, maka untunglah anda, bil elektrik anda percuma tetapi kepada pengguna yang menggunakan lebih banyak tenaga elektrik dalam sebulan, maka anda akan dikenakan charge rate yang lebih tinggi. Senang cakap, semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahal bil elektrik TNB anda.

Disini disertakan tarif bil elektrik terkini Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kegunaan domestik

Effective 1 March 2009, a new electricity tariff structure will be in place.
Tariff A – Domestic Tariff
For Monthly Consumption Between 0-400 kWh/month
For the first 200 kWh (1 – 200 kWh) per month     sen/kWh     21.8
For the next 200 kWh (201 -400 kWh) per month     sen/kWh     33.4
The minimum monthly charge is RM3.00
For Monthly Consumption More Than 400 kWh/month
For the first 500kWh (1-500kWh) per month     sen/kWh     28.6
For the next 100 kWh (501-600kWh) per month     sen/kWh     37.8
For the next 100 kWh (601-700kWh) per month     sen/kWh     38.7
For the next 100 kWh (701-800kWh) per month     sen/kWh     39.7
For the next 100 kWh (801-900kWh) per month     sen/kWh     41.7
For the next kWh (901 kWh onwards) per month     sen/kWh     44.6
The minimum monthly charge is RM3.00

Jika melihat dari tariff tersebut, perkiraannya bil bulanan adalah seperti dibawah
RM 43.60 kebawah = 21.8 sen/kWh
RM 110.07 kebawah = 33.4 sen/kWh

kos alat elektrik

Semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin mahallah bil elektrik bulanan anda. Jadi, jika anda ingin mengurangkan bil elektrik bulanan anda, disini saya sertakan cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB anda.

Tukar lampu: Jika anda masih menggunakan lampu mentol yang berwarna kuning, tukarlah kepada lampu kalimantang (fluorescent) . Ianya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah lampu fluorescent ini mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun lamanya dan ianya juga menghasilkan haba yang sedikit.

lampu kalimatang (fluorescent)

Gunakan kipas: Angin dapat menurunkan sedikit suhu bilik dalam beberapa darjah celcius. Cuma jangan lupa untuk menutup kipas apabila anda keluar bilik. Ingat, kipas untuk menyejukkan badan anda, bukannya menyejukkan bilik.

Mencabut plug: Gajet seperti pengecas telefon bimbit dan microwave oven menghauskan tenaga elektrik, selagi mana ia disambungkan ke soket elektrik. Alat elektrik yang tidak digunakan dan dibiarkan dalam keadaan standby akan menggunakan lebih kurang 5%-10% dari jumlah bil elektrik bulanan anda. Jadi, sentiasa pastikan alat elektrik yang tidak digunakan ditutup siusnya.

Beli alat elektrik jimat tenaga: Jika anda masih menggunakan peti sejuk yang berumur 10 tahun atau lebih, tukarlah kepada peti sejuk yang terbaru. Ini kerana kebanyakkan alat elektrik pada masa sekarang lebih cekap tenaga. Beli alat elektrik yang mempunyai rating Energy Star yang tinggi.

Logo Energy Star

Pengunanan mesin basuh: Basuhlah baju anda hanya dengan muatan kain penuh. Ini akan menjimatkan tenaga elektrik dan juga air.

Servis penghawa dingin: Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter penghawa dingin sekurang-kurangnya setahun sekali.

Disertakan juga beberapa alat elektrik yang paling banyak menggunakan tenaga elektrik
Pemanas air bilik mandi 4,000 watts
Pam air 3,000 watts
Pengering rambut 1,200 watts
Dapur gas elektrik 1,000 watts
Peti sejuk 1,000 watts
Komputer dan monitor 400 watts
Lampu mentol 100 watts

Formula untuk pengiraan harga penggunaan alat elekrik:
Komputer = 400 watts = A
Tempoh penggunaan = 5.5 jam = B
Kadar tariff = 28.6 sen/kWh

Kadar harga alat elektrik = A x B x Kadar tarif/100000

Untuk kes pengiraan komputer diatas:
Kadar harga penggunaan komputer yang berkuasa 400 watts selama 5.5 jam = 400 x 5.5 x 28.6 /100000 = RM0.6292 ~ 63 sen.

Jika cara mudah untuk menjimatkan bil elektrik TNB ini berjaya dipraktikkan, tidak mustahil anda akan melihat penjimatan sebanyak 30%-40% bil elektrik rumah anda. Jika anda ada sebarang tips untuk menjimatkan bil elektrik, sila kongsikan dibawah dengan mengisi ruangan komen. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

16 thoughts on “Cara mudah nak jimatkan bil elektrik TNB

  1. Macam laptop tu gunakanlah function sleep mode atau hibernate dan pastikan charger laptop ditutup siusnya jika tidak digunakan. Dalam 60 watts jugak tu charger laptop.

  2. Peh baru dpt bil. Rm400.camna org melayu nak senang sikit.baru rumah dua tingkat.x leh elak.3 pse.hg lektrik krj naikkan.klu gaji rm4000 memang nangis lah

  3. Kalau semua benda nak dipolitikkan…susahlah hidup…RASIONAL lah sikit sheikh….tak suka duduk kat Msia blh pindah kat Uganda sana…-SIMPLE-

  4. Tv ada 1, aircond xde pakai kipas je, periuk nasi pun stakat utk msk nasi sehari 4.2 sen per 10minit x katalah masak nasi siap tanak dlm 30minit la..bersamaan 12.6 sen x 30 hari…tp rasenye xdela hari2 msk nasi kdg2 mkn luar…bersamaan RM3.78…baju pun gosok 5 kali seminggu utk pegi keje…bru brp RM sebulan?takkan tshirt pun nak gosok,seluar jeans nak gosok jgk kan…..kalau xde org kat umah sepatotnya xde la penggunaan…tp pasang lampu ke atau tak pasang lampu ke…bil elektrik tiap2 bulan tetap RM300++….bule la praktis penjimatan elektrik tu sb dulu pakai aircond skrg pakai kipas je…walaubagaimanapun kurang sikit pun tak akan bwh RM300…walaupun takde org kat rumah waktu siang..hari cuti tp….nak jimat elektrik mcm mana?bila buat aduan, meter elektrik digital baharu lebih tepat dan efisien…sepatotnya meter digital ni lebih jimatkan elektrik kalau terlebih guna,bukan kalau terlebih guna kena caj lebih2…apa punya teknologi digital la ni?

  5. tidak ada istilah penjimatan kalau dalam bab letrik ni…makcik aku kat kampung duk sorg2 guna brg letrik asas je tv, lampu, peti ais kecik n periuk karen…bil dia bulan2 RM 150.00 gak…

Leave a Reply