Dinar Kelantan Wajah Baru (Hologram) 1433H

image

KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu. Beliau menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.

“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.

Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram. Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia. Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.

“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.

Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan. (IH)

ADMIN:
Harga emas pun tengah turun harga sekarang ni… Jadi elok sangatlah pada sesiapa yang ingin kembali kepada matawang Islam sebenar ini membeli dinar Kelantan..

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Tmnet tawar pakej jalur lebar beserta netbook dengan hanya RM38 sebulan

Promosi terbaru Telekom Malaysia, pakej jalur lebar beserta netbook dengan harga serendah RM38 sebulan. Penulis tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut pakej ini setelah melihat Tmpoint penuh sesak dengan pelanggan yang ingin melanggan pakej terbaru TMnet ini. Penulis terus balik kerumah dan mencapai DECT phone penulis dan terus mendail 100 dan terus bertanya dengan pihak Tm untuk mengetahui dengan lebih lanjut term and condition pakej ini.

Jalur Lebar Beserta Netbook

Pakej ini terbahagi kepada dua pakej netbook samaada netbook 1 Malaysia atau HP. Harga langganan diantara dua netbook ini adalah tambahan sebanyak RM21 sebulan untuk anda mendapatkan netbook HP. Dibawah saya sertakan harga langganan untuk kedua-dua pakej netbook ini.

Pakej netbook 1 Malaysia
RM38 = speed 384kbps
RM53 = speed 512kbps
RM68 = speed 1Mbps
RM83 = speed 2 Mbps (tak kesemua kawasan dapat langgan pakej ini)

Pakej netbook HP
RM59 = speed 384kbps
RM74 = speed 512kbps
RM89 = speed 1Mbps
RM104 = speed 2 Mbps (tak kesemua kawasan dapat langgan pakej ini)

Hp Mini 210

Untuk makluman anda, pakej ini hanya untuk pelanggan baru streamyx sahaja. Kepada yang telah sedia ada talian tetap TM, tetapi masih tidak pernah melanggan stremyx, anda juga layak untuk mendaftar pakej netbook ini. Jadi, melepas la kepada pelanggan streamyx sedia ada yang ingin medapatkan laptop secara “percuma” ini (penulis pun sama.. huhu :-(. Pakej netbook ini adalah kontrak selama 2 tahun. Jadi kalau nak terminate awal pakej ini, anda perlu membayar bayaran penalti sebanyak RM600. Menariknya, pakej ini tidak mempunyai sewa bulanan untuk talian tetap iaitu sebanyak RM25. Jadi, pakej ini amat sesuai untuk pelanggan yang telah ada talian tetap Tm tapi tiada akses internet kerana anda cuma perlu tambah RM 13 sahaja dari sewa bulanan anda untuk mendapatkan akses internet dan juga laptop percuma. Berbaloi bukan?

Apabila anda berjaya mendaftar pakej netbook ini, anda akan menerima 1 unit netbook samaada netbook 1 Malaysia atau HP dan 1 unit wireless modem. Mengenai bayaran atau cas yang akan dikenakan kepada anda, jika anda tiada talian tetap TM sebelum ini, casnya adalah seperti dibawah.
Rm75 = Deposit untuk talian tetap
Rm10 = Duti Setem
RM50 = Bayaran untuk pemasangan wayar telefon di dalam rumah ( Dibayar terus kepada kontraktor semasa pemasangan)
Untuk cas pemasangan streamyx adalah percuma ( anda jimat Rm50+rm88+Rm75 = RM213)
Total bayaran yang dikenakan untuk bulan pertama = RM135 + Harga bulanan pakej/2 (50% diskaun untuk bulan pertama)

Contoh:
Anda melanggan pakej netbook 1 Malaysia dengan berharga RM38 sebulan, jadi bulan pertama anda perlu membayar Rm 135 + RM19 =RM 154 sahaja.

Bulan kedua dan seterusnya adalah mengikut harga bulanan pakej yang dilanggan tetapi untuk pakej netbook HP, harga bulanan pakej akan berkurang sebanyak RM21 pada bulan langganan ke 25 dan seterusnya. Contohnya jika anda melanggan pakej netbook Hp yang berharga RM59 sebulan, anda perlu membayar harga ini selama 24 bulan (2 tahun) dan kemudiannya pada bulan ke 25 dan seterusnya, anda cuma perlu membayar sebanyak RM38 sahaja sebulan.

Anda juga boleh menambah sebanyak RM10 sebulan untuk menikmati penjimatan kadar telefon iaitu telefon adalah percuma jika anda telefon ke talian tetap Tm diseluruh Malaysia dan jika kadar rata 25sen/minit ke talian telefon mudah alih. Anda juga akan diberikan telefon cordless DECT percuma.

Pakej netbook ini hanya terbuka untuk keluarga yang pendapatan isi rumahnya adalah RM3000 untuk kawasan luar bandar dan RM5000 untuk kawasan bandar. Kawasan yang terlibat untuk pakej netbook ini tidak dinyatakan secara khusus tetapi anda bolehlah ke TMpoint terdekat untuk mendaftar terlebih dahulu dan jika kawasan rumah anda layak untuk menerima pakej ini, anda bolehlah menikmati pakej ini. Dokumen yang perlu dibawa adalah salinan kad pengenalan dan juga slip gaji terbaru atau borang J.

Nampaknya, setelah persaingan dari wireless broadband seperti Maxis, Celcom, Digi dan P1 Wimax, Telekom Malaysia akhrnya telah berjaya memberikan pakej yang amat menarik dan berpatutan. Cuma penulis terkilan kerana pelanggan sedia ada streamyx seperti penulis yang terpaksa membayar RM110 untuk kelajuan 1 Mbps tetapi tidak mendapat apa-apa manfaat walaupun sudah hampir 7 tahun penulis setia dengan Streamyx.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Pengguna wordpress, sila upgrade ke wordpress 3.0

WordPress 3.0 atau “Thelonious” adalah versi terbaru wordpress. Ianya baru di lancarkan pada 17 June 2010. Jadi kepada yang menggunakan platform WordPress di web hosting anda, anda digalakkan untuk upgrade kepada WordPress 3.0. WordPress 3.0 mempunyai beberapa ciri baru, diantaranya adalah  theme yang telah ditambahkan function MENUS. Anda boleh lihat ciri terbaru dengan melihat video dibawah.

Anda boleh upgrade ke WordPress 3.0 dengan menggunakan built-in wordpress upgrade tetapi kadang-kala auto upgrade ke wordpress 3.0 menggunakan kaedah tersebut tidak menjadi. Saya telah cuba untuk menggunakan cara tersebut dan memang proses upgrade tersebut menjadi hang dan tidak berjaya. Jadi, saya telah menggunakan cara alternative iaitu dengan menggunakan plug-in WordPress Automatic Upgrade [WPAU 1.2.5]. Sepanjang hampir 5 tahun saya menggunakan wordpress, plug-in inilah yang saya gunakan untuk proses upgrade wordpress ke versi yang lebih baru. Jadi, install lah plug-in tersebut terlebih dahulu sebelum anda boleh mula upgrade ke WordPress 3.0

Sebelum anda upgrade, anda mestilah backup terlebih dahulu kesemua data anda didalam webserver. Video dibawah akan menerangkan kepada anda cara untuk membuat backup web hosting anda.

Apabila kesemua data anda didalam webserver anda telah disimpan di harddisk pc anda, barulah kita akan start upgrade wordpress ke versi 3.0. Lihat video dibawah.

Mudah bukan? Untuk memastikan blog anda sentiasa selamat dari digodam oleh para hackers, anda disarankan upgrade ke wordpress 3.0 secepat mungkin. Jika ada sebarang persoalan dan mungkin “kutukan”?, boleh diajukan kepada saya samaada melalui comment box dibawah ataupun menggunakan contact form. Semoga proses upgrade blog wordpress anda keversi WordPress 3.0 akan lebih lancar selepas melihat video yang telah saya hasilkan ini. Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi…

Update: Tutorial ni boleh juga digunakan untuk upgrade untuk semua version wordpress, bukan untuk wordpress 3.0 sahaja. Harap maklum.

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS