Minyak masak paket plastik berbahaya?

Minyak masak paket plastik

Minyak masak paket plastik

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Admin:

Masyarakat kita telah lama mempraktikkan kaedah menggunakan minyak masak berulang kali tapi sampai sekarang baru tahu keburukannya… Lepas ini kena beli minyak masak cap MAHAL la pulak nampak gayanya… 🙁

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Foot Detox Patch Murah-Murah!!

 

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

PIKOM PC Fair 2010 (II) kembali lagi pada Julai 2010

PC FAir 2010
PIKOM PC Fair 2010 yang kedua akan kembali lagi pada bulan ini, Julai 2010. Tempat dan tarikh adalah seperti dibawah:-

2-4 Julai: Tawau (Dewan Masyarakat)
9-11 Julai: Johor Bahru (Persada Johor), Alor Star (Alor Star Mall)
15-17 Julai: Kota Bharu (KM Mall), Kuala Terengganu (Terengganu Trade Centre)
16-18 Julai: Batu Pahat (Batu Pahat Mall)
30 Julai -1 Ogos: Pulau Pinang (PISA), Melaka (Melaka International Trade Centre), Kuantan(Berjaya Megamall), Seri Manjung (Dewan Merdeka)
6-8 Ogos: Kuala Lumpur (KL Convention Centre), Kota Kinabalu ( 1Borneo,LG Car Park Exhibition Hall), Sungai Petani (Village Mall), Muar (Dewan Jubli Intan)
27-29 Ogos: Ipoh (Stadium Indera Mulia)

PC Fair 2010 kali ini saya ada beberapa benda teringin dibeli. Wishlist saya untuk PC Fair 2010 kali ini:-

Power supply
power supply

Intel LGA 775 motherboard (ASUS)
ASUS P5Q LGA 775 Deluxe Intel Motherboard

RMVB Player
rmvb player

Sata DVDRW drive
sata dvdrw drive

3.5″ 500GB Sata Harddisk
500gb sata hdd

Apa pulak wishlist anda?

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS