Pengguna wordpress, sila upgrade ke wordpress 3.0

WordPress 3.0 atau “Thelonious” adalah versi terbaru wordpress. Ianya baru di lancarkan pada 17 June 2010. Jadi kepada yang menggunakan platform WordPress di web hosting anda, anda digalakkan untuk upgrade kepada WordPress 3.0. WordPress 3.0 mempunyai beberapa ciri baru, diantaranya adalah¬† theme yang telah ditambahkan function MENUS. Anda boleh lihat ciri terbaru dengan melihat video dibawah.

Anda boleh upgrade ke WordPress 3.0 dengan menggunakan built-in wordpress upgrade tetapi kadang-kala auto upgrade ke wordpress 3.0 menggunakan kaedah tersebut tidak menjadi. Saya telah cuba untuk menggunakan cara tersebut dan memang proses upgrade tersebut menjadi hang dan tidak berjaya. Jadi, saya telah menggunakan cara alternative iaitu dengan menggunakan plug-in WordPress Automatic Upgrade [WPAU 1.2.5]. Sepanjang hampir 5 tahun saya menggunakan wordpress, plug-in inilah yang saya gunakan untuk proses upgrade wordpress ke versi yang lebih baru. Jadi, install lah plug-in tersebut terlebih dahulu sebelum anda boleh mula upgrade ke WordPress 3.0

Sebelum anda upgrade, anda mestilah backup terlebih dahulu kesemua data anda didalam webserver. Video dibawah akan menerangkan kepada anda cara untuk membuat backup web hosting anda.

Apabila kesemua data anda didalam webserver anda telah disimpan di harddisk pc anda, barulah kita akan start upgrade wordpress ke versi 3.0. Lihat video dibawah.

Mudah bukan? Untuk memastikan blog anda sentiasa selamat dari digodam oleh para hackers, anda disarankan upgrade ke wordpress 3.0 secepat mungkin. Jika ada sebarang persoalan dan mungkin “kutukan”?, boleh diajukan kepada saya samaada melalui comment box dibawah ataupun menggunakan contact form. Semoga proses upgrade blog wordpress anda keversi WordPress 3.0 akan lebih lancar selepas melihat video yang telah saya hasilkan ini. Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi…

Update: Tutorial ni boleh juga digunakan untuk upgrade untuk semua version wordpress, bukan untuk wordpress 3.0 sahaja. Harap maklum.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Kepada pengguna streamyx wireless, disini ada cara setup modem

Innacomm Wireless Modem RouterPelanggan streamyx wireless yang menggunakan modem wireless model Innacomm W3100 Wireless ADSL Modem, anda bolehlah refer kepada rakan blogger saya Xenosystem. Blog postnya yang terbaru Streamyx setup menggunakan Innacomm W3100 Wireless ADSL Modem.¬† Jika ada apa-apa kemusykilan, bolehlah guna comment dibawah…

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Promosi domain name .my dengan hanya berharga RM35 setahun

Promosi Domain Name .MyAssalamualaikum dan salam sejahtera. Ketika saya mengunjungi syarikat web hosting saya iaitu cynetstudio.com, saya ternampak promosi yang amat berbaloi-baloi iaitu pendaftaran domain .my hanyalah hanya Rm35 setahun. Promosi ini termasuk domain untuk .com.my, .net.my, org.my dan .my. Harga asal domain-domain ini adalah sekurang-kurangnya Rm80. Jadi, anda akan mendapat penjimatan sekurang-kurangnya 50%. Untuk lebih diskaun, gunakan kupon diskaun ini ketika anda mendaftar dengan CynetStudio “IA-768E”, maka anda akan mendapatkan lebih penjimatan dalam setiap pembelian di CynetStudio.

Muhdsyafiq.com telah menggunakan web hosting dan domain dari Cynet Studio sejak dari tahun 2007 lagi. Cynet Studio memang mementingkan kualiti dan khidmat pelanggan yang baik. Harga perkhidmatan juga amat berpatutan berbanding dengan syarikat web hosting lain.Uniknya disini, Cynet Studio menawarkan web hosting dengan cara “custom”, iaitu pelanggan boleh memilih sendiri harga web hosting anda berdasarkan feature yang anda pilih.

Jadi, rebutlah peluang ini untuk mendapatkan domain name .MY dengan harga promosi, RM35 sahaja. Promosi ini hanya sehingga 31 June 2010 sahaja. Cepat sebelum terlambat

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS