Dinar Kelantan Wajah Baru (Hologram) 1433H

image

KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu. Beliau menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.

“Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada,” ujarnya.

Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah ‘Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram. Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai ‘hologram’.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia. Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.

“Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012,” ujarnya.

Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan ‘dirham kenangan’ bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan. (IH)

ADMIN:
Harga emas pun tengah turun harga sekarang ni… Jadi elok sangatlah pada sesiapa yang ingin kembali kepada matawang Islam sebenar ini membeli dinar Kelantan..

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Iklan Aidilfitri TV3 yang SESAT LAGI MENYESATKAN!

Lihat sendiri iklan Aidilfitri dibawah dari TV3. SESAT LAGI MENYESATKAN!

KESAL dan sedih dengan iklan terbaru TV3 (Iklan Raya) yang mengelirukan. Keliru dengan ‘mesej’ beca terbang yang menjadi ‘trademark’ santa-claus atau “krismas”, malah paling memeranjatkan ‘hiding mesej @ objek’ bunga lotus – yang berkait rapat dengan simbul utama tuhan buddha “Brahma God”..
yang dipaparkan sehingga ke akhir iklan. Ia akan mengelirukan penonton khususnya di kalangan kanak2, siapa yg perlu bertindak? Ia boleh mencetuskan perbalahan agama.. Lihat Sini

PENERANGAN JELAS PROMO IKLAN AIDILFITRI TV3! SESAT LAGI MENYESATKAN!

Dipetik dari Facebook

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 – Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan – Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih – Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 – Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau – Singapore lah.

Scene 10 – Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) – tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil – Agama Islam yang lemah

Scene 11 – Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri – Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk – Perlakuan Biadab


Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Foot Detox Patch Murah-Murah!!

 

 

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS