Minyak masak paket plastik berbahaya?

Minyak masak paket plastik

Minyak masak paket plastik

PETALING JAYA: Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.

Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Admin:

Masyarakat kita telah lama mempraktikkan kaedah menggunakan minyak masak berulang kali tapi sampai sekarang baru tahu keburukannya… Lepas ini kena beli minyak masak cap MAHAL la pulak nampak gayanya… 🙁

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Foot Detox Patch Murah-Murah!!

 

 

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Alhamduillah.. Akhirnya keluar juga mesin pengesan logo halal

Mesin Pengesan Logo HalalLega.. itulah yang bermain didalam minda penulis setelah mengetahui bahawa seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), telah mereka mesin pengesan logo halal. Dikenali sebagai Alat Pengesan Logo Halal (Halal Logo Verification Device), alat ini merupakan suatu alat sepatutnya diwajibkan disetiap pasaraya besar seperti Giant, Tesco, Carrefore dan lain-lain.

Penulis amat menitik beratkan isu makanan Halal. Ini kerana makanan yang Haram yang memasuki badan kita akan menjadi darah daging. Ini adalah amat tidak dibenarkan dalam agama Islam.

Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168:

Ertinya: Wahai manusia! Makanlah apa-apa di atas muka bumi ini, yang halal dan baik. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaithan. Sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang nyata.

Sebelum ini telah ada alat pengesan makanan halal yang telah direka tetapi ianya adalah microchip yang perlu diletakkan disetiap bungkusan makanan yang mana ianya bagi penulis adalah tidak praktikal untuk menggunakan teknologi seperti itu.

Konsep alat pengesan halal ini mudah sahaja. Pengguna hanya perlu scan barcode barangan HALAL yang ingin dibeli di alat pengesan HALAL ini dan ianya akan memaparkan maklumat samaada makanan halal tersebut mempunyai sijil HALAL yang sah dan juga samaada sijil HALAL telah tamat. Semudah seperti untuk mengetahui harga barangan.

Alat pengesan logo halal ini semestinya dikomersilkan dan juga diwajibkan dipasang di setiap pasaraya besar. Penulis berharap alat pengesan logo halal ini akan dijual dengan harga yang berpatutan supaya kedai runcit juga boleh memasang alat ini untuk kebaikan pengguna Islam.

TQ. Utusan Malaysia dan I LUV ISLAM.

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS