Gempaq.. P1 wimax kini berada di Kulim, Kedah Sejahtera

P1 Wimax kini boleh didapati di Kulim, Kedah Sejahtera. Semasa aku ronda dgn family aku tadi, aku ternampak byk banner P1 Wimax kat kedai-kedai komputer.  Balik rumah ja terus aku cari kat internet. Conform P1 W1max dah ada disini. Dibawah aku ada sertakan coverage map P1 Wimax di daerah Kulim.

Jadi, berdasarkan gambar diatas, anda boleh lihat P1 telah memilah untuk memasang antenna@ pencawang mereka di kawasan hot spot bandar Kulim iaitu di Kilang Lama, Bandar Kulim dan Kulim Hi-tech.  Rumah aku tak masuk coverage la pulak. Ok takpa.. Sedikit pengenalan kepada sesiapa yang tak tahu P1 W1max ini apa kebenda, sebenarnya P1 W1max ini adalah ISP (Internet Service Provider) sepertimana Telekom Malaysia (Tmnet)@ Streamyx. Bezanya ialah ia beroperasi menggunakan signal wireless yang dinamakan Wimax. Jadi takyah la ada line telefon untuk access internet lagi. Disebabkan aku pernah melanggan P1 W1max sewaktu ada tinggal di Alor Setar, aku berikan beberapa pro dan contra P1 Wimax berbanding Tmnet Streamyx.

Kelebihan:

  1. Tiada wayar telefon yang perlu dipasang dirumah, jadi x takut dah orang curi cable telefon.
  2. P1 Wimax ada menyediakan modem usb terbaru yang mana ada boleh bawa kemana-mana untuk melayari internet selagimana dalam coverage P1 Wimax.
  3. Akan ada persaingan yang lebih sihat diantara ISP-ISp diMalaysia yang mana pada masa akan datang, customer juga yang untung sebab mesti makin lama makin murah kos langganannya. Seperti mana yang berlaku kepada industri telekomunikasi seperti celcom, maxis dan digi.
  4. Berbanding dengan broanband GSM seperti Maxis broadband, wireless signal P1 Wimax adalah lebih stabil. Jadi taklah selalu terputus-putus seperti Celcom broadband dan lain-lain yang seangkatan dengannya.

Kekurangan:

  1. Fair usage P1 Wimax yang mana terlalu low spec seperti untuk pakej Rm99 sebulan, bandwitdh limit kuotanya hanyalah 20GB sahaja. Bagi aku 20 gb ini adalah terlalu sedikit untuk dibandingkan dengan harga langganan sebulan RM99 walhal Streamyx tidak ada bandwidth kuota seperti ini.
  2. P1 W1max hanya membuka port no yang standard sahaja seperti port 80 (web) dan port email jadi kepada yang memerlukan access kepada port-port lain tidaklah boleh subcribe P1. Sebab inilah aku telah cancel p1 seperti aku tinggal di Alor Setar dulu. Aku perlu guna software seperti VNC dan Putty untuk buat kerja aku yang mana software seperti ini memerlukan port yang berlainan dari port 80.

Akhir kata, personal opinion aku, buat masa sekarang, Stremyx adalah masih ISP terbaik di Malaysia walaupun ada beberapa kekurangan dari segi khidmat pelanggannya. Sudah hampir 6 tahun aku bersama streamyx. Aku berharap jika P1 Wimax boleh membaiki kekurangan tersebut, besar kemungkinan aku akn beralih arah kepada P1 Wimax… Potong Wayar!!….

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

3 thoughts on “Gempaq.. P1 wimax kini berada di Kulim, Kedah Sejahtera

Leave a Reply