Islam dicabar | Parlimen Perancis luluskan pengharaman burqa

Burqa

Saya berasa marah apabila mambaca berita yang mengatakan parlimen Perancis telah meluluskan pengharaman pemakaian Burqa. Para ahli parlimen yang menyokong usul ini mengatakan bahawa pemakaian burqa tidak sejajar dengan nilai ideal Perancis yang mementingkan kesamaaan jantina mahupun tradisinya yang bersifat sekular.

Walaupun saya rasa umat Islam disana masih dibenarkan memakai hijab (tudung), tetapi mengapa perlu diharamkan pemakaian burqa? Adakah kerana dengan memakai burqa menyebabkan ekomoni Perancis jatuh ataupun kadar jenayah semakin meningkat disana? Memanglah negara Perancis negara yang tradisinya sekular tetapi janganlah sampai menghalang agama lain untuk bebas mengikut tuntutan agama masing-masing.

Perancis merupakan negara Eropah yang mempunyai jumlah umat Islam yang terbesar. Sampaikan umat Islam terpaksa solat sehingga dikaki lima jalan untuk menunaikan solat berjamaah. Mungkin sebab itulah ahli-ahli parlimen Perancis ini tak senang hati melihatkan perkembangan agama Islam disana.

Masjid Perancis

Apa kata di Malaysia dibuat undang-undang yang sama tetapi mewajibkan setiap rakyat Malaysia tak kira agama dan bangsa memakai hijab dan burqa. Adakah ini akan diterima oleh rakyat Malaysia? Sudah tentu tidak sebab setiap orang berhak untuk beramal dengan agama masing-masing. Agama Islam sendiri tidak melarang mana-mana penganut agama lain untuk terus mengikut tuntutan agama mereka.

Perbezaan Hijab, Niqab dan Burqa

Semoga umat Islam di Perancis bersabar menghadapi dugaan ini. Umat Islam di serata dunia juga perlulah banyak berdoa kepada Allah S.W.T supaya agama Islam terpelihara dari segala dugaan dan cabaran yang melanda. Amin…

sumber: Utusan Malaysia

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

2 thoughts on “Islam dicabar | Parlimen Perancis luluskan pengharaman burqa

  1. Pingback: Tweets that mention Islam dicabar | Parlimen Perancis luluskan pengharaman burqa | Nak Habaq Mai -- Topsy.com

Leave a Reply