Kilang Nestle tak jadi pindah ke Indonesia…

Nestle MiloDizaman kejatuhan ekonomi sekarang, perkara yang paling tidak diperlukan ialah penutupan kilang-kilang di Malaysia dan kemudian dibuka semula di negara lain. Rumours terbaru mengatakan kilang Nestle di Malaysia dan Filipina akan ditutup dan dibuka di Indonesia akhirnya terjawab bahawa Nestle tidak akan meninggalkan negara tersebut untuk Indonesia.

Akhbar harian Indonesia, Kontan melapurkan sebelum ini melaporkan bahawa Nestle Indonesia bercadang untuk memindahkan kilang-kilang di Malaysia dan Filipina ke Indonesia disebabkan berdekatan dengan bahan mentah.

Dalam laporan yang lain, Nestle Bhd dan Nestke Philipines INC mengatakan bahawa mereka tidak bercadang untuk memindahkan operasi kilang mereka ke Indonesia tetepi sebaliknya telah melabur lebih banyak wang untuk menaik taraf mesin di kilang sedia ada.

Harap-harap, jangan ada la kilang di Malaysia yang nak tutup dan berpindah ke negara jiran yang lain. Kesian kepada pekerja kilang tersebut. Walaupun dapat pampasan, tetapi adakah cukup makan dengan hanya bergantung kepada duit pampasan tersebut? Mesti kena cari kerja lain jugak tetapi itulah yang susah nak dapat tu. Kerja payah nak dapat sekarang!. Jadi, kerajaan Malaysia kenalah cari cara untuk mengekalkan pelabur asing dinegara kita.

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Leave a Reply