Streamyx memang ok but …

Aku dah lama menjadi pelanggan dengan Telekom Malaysia iaitu dengan menjadi pengguna setia Streamyx. Bagi aku streamyx adalah yang paling terbaik dari segi kestabilan kelajuan, tidak putus-putus connection, tiada had limit bandwidth dan tiada port yg diblock. Memang thumb up lah kepada Streamyx.

Jadi, apa yang “But” di atas tajuk post nih? Aku dah pindah streamyx dah 3 kali. Yang terbaru nie dah masuk 4 kali. Jadi aku dah tau asam garam berurusan dengan TMpoint atau 100 (Vads) dalam hal transfer streamyx dan line telefon nie. Memang menyakitkan hati. Tmpoint nie satu ja.. TMpoint takkan follow-up dengan kita punya. Kita yang kena follow-up sendiri. Kalau tak, siap la sebulan internet tak leh main tetapi TMnet tetap charge kita dalam bil bulanan jugak. Masuk pagi nie, dah 4 kali aku p Tmpoint komplen pasal streamyx aku. Line telefon dah masuk byk hari dah. Hari khamis lepas aku tanya pegawai TMpoint bila streamyx aku akan masuk, dia jawab dalam 24 jam. Aku tanya dia balik. kedah kan cuti esok tetapi dia dia kata bahagian technical keja 24 jam. Jadi, aku pun tunggu keesokan harinya, lampu Adsl aku dok padam lagi jugak. Aku call 100, tanya pasal technical team, diorang kata mana ada technical team keja 24 jam. Penipu besaq betul la tmpoint nie..

Apapun, hari nie aku nak Streamyx aku dah ok.. Aku dah start cuti 4 hari nih.. Kalau internet takdak dirumah, mcmmana aku nak update blog dan buat kerja-kerja lain. Tapi, Streamyx bagi aku adalah masih ISP yang terbaik di Malaysia berbanding dengan Celcom, Maxis, P1 WImax, Jaring dan Digi. Cuma perkhidmatan pelanggannya masih  perlu dibaiki.

Related Posts with Thumbnails

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • Digg
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

Leave a Reply